02 January 2026

TURUN REWANG KENDURI KELUARGA BESAN - SHEILA RUSLY DIPUJI BERSIKAP RENDAH DIRI



"Moga 2026 sis dapat banyak lagi jemputan masak untuk orang kahwin," demikian ujar penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly, 55, secara berselor0h.

Baru-baru ini, Sheila telah berkongsi video yang dimuat naik di media sosial, dimana dia sanggup turun padang membantu memasak di kenduri anak saudara menantunya, pelakon Elisya Sandha di kampung.

Selain itu, Sheila turut meninggalkan komen yang mencuit hati apabila berharap mendapat banyak lagi jemputan memasak kenduri perkahwinan selepas ini.

Tindakan Sheila itu menerima pujian netizen apabila dilihat tidak kekok menyertai aktiviti rewang bersama penduduk kampung, sekali gus memperlihatkan keakraban serta hubungan yang erat antara dua buah keluarga besan itu.

Sikap rendah diri dan semangat Sheila untuk bergotong-royong memasak bersama ahli keluarga dan sanak saudara itu membuatkan ramai netizen berasa kagum dan tersentuh.

Klik untuk gambar besar

"Saya memang sangat idolakan sis (panggilan Sheila) sekeluarga. Tengoklah dia sekeluarga turun padang pergi tolong rewang keluarga besan (keluarga Elisya). Bertuah Sheila Rusli yang masak."

"Gotong-royong di kenduri besan. Gembira dapat jadi saksi hubungan ukhuwah dan kasih sayang mereka."

"Masya-Allah suka tengok sis ni. Hidup seimbang antara jadi warga bandar dan kampung. Tak kisah nak tolong saudara," antara komen-komen yang ditulis netizen.

Untuk makluman, Elisya atau Nur Elisya Sandha Hassan, 27, bernikah dengan anak sulung Sheila, Uzair Haqimy pada Ogos 2021.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: