Pelakon Syafiq Kyle menerusi media sosial miliknya baru-baru ini telah berkongsi video dimana ia memaparkan pelakon Kamal Adli dalam keadaan emosional.
Dalam video yang menjadi tumpuan netizen itu, Kamal dilihat terduduk di tanah sambil bersandar pada lori serta kelihatan serius berbual di telefon.
Situasi tersebut mencuri perhatian ramai memandangkan pelakon itu biasanya jarang menonjolkan sisi peribadinya secara terbuka.
Klik untuk gambar besar
"Betapa hancurnya hati dia. Dia sangat sayangkan isteri dan anak tapi jodohnya sampai di situ sahaja. Tetap kuat, Kamal.
"Sabar Kamal, ini proses kehidupan kamu. Yakinlah, Allah akan beri yang terbaik dalam hidupmu.
"Saya pernah begini. Waktu akan berlalu, Kamal. Stay strong, akan ada hikmah untuk semua yang terjadi," tulis beberapa netizen.
Sebelum ini, isu perceraian Kamal dan pelakon Uqasha Senrose menjadi bualan ramai selepas mereka sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Hawra Uqaira, yang kini berusia 2 tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment