20 January 2026

WANG KEMENANGAN GV12 - ISKANDAR ISMAIL BERHAJAT KONGSI BERSAMA ANAK YATIM



"Saya sudah berhajat sebenarnya, saya ingin membantu kepada yang memerlukan. Sebahagian daripada hadiah saya ingin beri kepada anak-anak yatim.

"Tak kisahlah kalau boleh beri bantuan di Singapura atau Malaysia. Insya-Allah memang doa dan hajat saya untuk melakukan perkara itu.

"Dulu pun saya pernah menjadi juara dalam satu pertandingan di Singapura dan saya menderma sebahagian wang kemenangan kepada yayasan kans£r."

Klik untuk gambar besar

Demikian jelas juara Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), Iskandar Ismail, 47, dimana dia berhasrat untuk berkongsi rezeki dengan golongan kurang bernasib baik melalui hasil wang kemenangannya sebanyak RM100,000.

Kata Iskandar, sebahagian daripada wang kemenangannya itu sudah diniatkan untuk disalurkan kepada anak-anak yatim di Singapura atau Malaysia kerana amalan bersedekah bukan perkara baharu buat dirinya malah pernah dilakukan sebelum ini.
Dalam pada itu, Iskandar turut menyifatkan peluang berduet bersama Jaclyn Victor dalam persembahan di konsert akhir, menerusi lagu 'Senja Nan Merah' merupakan momen yang cukup bermakna dalam kerjaya seninya.

Kongsinya lagi, meskipun mereka pernah beberapa kali bertemu sebelum ini, peluang untuk bergandingan di pentas besar hanya tercapai pada malam kemuncak GV12.
"Saya sangat berbesar hati dapat berduet dengan Jac, saya kenal dia sejak tahun 2005 ketika membuat satu persembahan. Bila pertama kali jumpa Jac pada ketika itu, saya akui dia memiliki suara yang sangat sedap.

"Kemudian kami ada juga berjumpa beberapa kali tetapi masih belum dapat berduet bersama. Jadi bila dapat duet pada malam akhir GV12 ini, saya rasa macam mimpi jadi kenyataan," ujarnya.
Pada malam Ahad, Iskandar dinobat sebagai juara GV12, sekaligus men£waskan lima peserta lain menerusi persembahan lagu 'Madah Berhelah' nyanyian asal penyanyi Ziana Zain.

Kemenangan tersebut melayakkan Iskandar membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000 berserta trofi.
Sementara itu, Mendua muncul selaku naib juara dan tempat ketiga pula menjadi milik Nubhan.

Bagi tempat keempat berjaya diduduki Mark Adam, manakala Mell Sakura dan Ruri Repvblik masing-masing berada di empat kelima dan keenam.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: