Takziah diucapkan kepada pelakon Amyza Aznan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail yang meninggal dunia pada malam Isnin akib@t kans£r paru-paru.
Difahamkan, Andre menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10.15 malam pada usia 20 tahun.
Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Amyza dalam satu kenyataan ringkas di media sosial miliknya.
"Assalamualaikum, dengan dukacita anak saya, Andre Mikhail bin Khairil Izhar telah pulang ke negeri abadi. Minta semua sedekahkan al-Fatihah buat anak saya," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
"Iya betul. Meninggal di hospital," katanya.
Terdahulu, Allahyarham Andre disahkan menghidap kans£r paru-paru tahap empat sejak 15 Februari tahun lalu.
Andre dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) beberapa hari lalu bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment