"Ada orang tegur perut. Saya tidak buncit, saya mengandung. Malaslah nak umumkan, ini anak keempat. Tapi saya cuma nak beritahu yang saya buncit ini bukan sebab makanan."
Itulah pelakon Nad Zainal, 36, dimana dia mengumumkan dia kini sedang hamil anak keempat dan berita gembira itu dikongsikan menerusi media sosial miliknya.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, meluahkan perkara itu apabila ada beberapa individu menegur perutnya yang kelihatan semakin buncit.
Isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu bagaimanapun tidak memberitahu secara spesifik usia kandungan dan jantina anaknya itu.
Klik untuk gambar besar
"Macam itu sahaja dia umum (mengandung). Comel betul Kak Nad ini.
"Masyarakat pantang nampak perut orang, kan Nad sudah terumumkan. Tahniah!
"Wah! gempak cara Nad Zainal umumkan. Macam itu sahaja," antara kata-kata netizen.
Untuk makluman, Nad dan Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang kini berusia tiga tahun.
Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015, namun berpisah pada tahun 2022.
Hasil perkahwinan itu, Nad dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 10, dan Budi Kalsom, 5.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment