"Bukan kerana terlalu banyak bekerja atau bergerak, bukan juga kerana terlalu kuat berdiet. Doktor Elly beritahu 'Baby A' tidak sihat, maka, terjadilah keguguran awal kehamilan iaitu pada minggu ke-10.
"Tetapi, saya kena buat prosedur cuci rahim sebab 'Baby A' sudah besar. Juga bukan rezeki kami lagi. Insya-Allah akan cuba lagi di tahun-tahun akan datang, sekarang sama-sama fokus kerja dulu."
Demikian kongsi pelakon Fasha Sandha, menerusi media sosial miliknya, dimana dia mengalami keguguran pada usia kadungan yang sudah mencecah 10 minggu.
Klik untuk gambar besar
Sementara itu, Fasha dalam masa sama turut menitipkan nasihat kepada ibu yang menghadapi dugaan sama supaya tabah dan yakin bahawa setiap pengalaman hidup ada hikmahnya.

"Saya akan jalankan kerja seperti biasa. Bagi sesiapa yang mengalami keguguran pada awal kehamilan, seperti saya, jangan rasa 'down'.
"Dapat hamil secara semula jadi pun sudah satu anugerah. Mungkin ada rezeki lain yang menanti. Saya percaya setiap dugaan ada hikmah dan kita perlu reda dengan ketentuan Allah.
"Apa yang penting, jaga diri, kuatkan semangat dan jaga pemakanan," tuturnya yang berkahwin dengan pelakon Adil Aziz pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amira yang berusia enam tahun.
Fasha juga mempunyai dua cahaya mata lain iaitu Putra Rayfal Ramle, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 11 tahun, hasil perkahwinan dengan usahawan, Rizal Ashram atau Jejai pada 27 April 2012, sebelum mereka disahkan bercerai pada 20 Januari 2016.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment