02 February 2026

DIS£RANG DEM4M V1RUS SEHINGGA ALAMI LUMPUH MUKA SECARA TIBA-TIBA - DIANA DANIELLE KONGSI KEADAAN ANAK SULUNG



"Dem@m v1rus menyebabkan doktor mengesyaki sama ada Muhammad alami GBS atau Bells Palsy. Lumpuh muka berlaku secara tiba-tiba.

"Dia telah diperiksa oleh pakar dan masing-masing memberikan pandangan mereka. Dia kini mengambil ster0id dan akan membuat temu janji untuk MRI."

Itulah jelas pelakon Diana Danielle, 35, dimana dia berkongsikan keadaan anak sulungnya, Muhammad yang dilaporkan mengalami mas@lah saraf pada wajah selepas dis£rang dem@m v1rus.

Klik untuk gambar besar

Diana yang berkongsi perkara itu menerusi hantaran di media sosial, berkata, doktor mengesyaki keadaan tersebut berpunca sama ada daripada Guillain-Barre Syndrome (GBS) atau Bell's Palsy.

Maklumnya lagi, bagi mendapatkan diagnos yang tepat, anak lelakinya itu sudah menjalani pemeriksaan termasuk dari beberapa pakar.
Dalam pada itu, tutur Diana, Muhammad telah dibenarkan keluar dari hospital dan menunjukkan tanda-tanda awal pemulihan.

"Muhammad dibenarkan keluar hospital dan sudah menunjukkan pemulihan dan doakan keadaan dia bertambah baik," kongsinya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: