Pelakon Pablo Amirul, 42, baru-baru ini telah didakwa pernah mengunjungi sebuah kedai air buah di Terengganu, malah pelayannya juga didakwa berpakaian seksi.
Ekoran tuduhan neg@tif netizen itu, Pablo atau nama sebenarnya, Amirul Hisyam Mohd. Sakri, berkata, dakwaan berkenaan telah menimbulkan sal@h faham antaranya dan isterinya, Dr Hana Rose.
Mengambil masa yang lama untuk memujuk isteri bagi menafikan perkara tersebut, Pablo menganggap gurauan melamp@u seperti itu bukan sahaja tidak kelakar, malah boleh menj£jaskan keharmonian rumah tangga.
Klik untuk gambar besar
"Pengajaran untuk semua orang bergurau macam ini, tak cool. Ambil masa berjam untuk buktikan. Kalau ada gambar atau video yang pernah berada di kawasan macam itu, saya cab@r buktikan," katanya dalam ruangan komen Thr£ads.
Sebelum ini, seorang pengguna Thr£ads meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir netizen suka bergurau keterlaluan sehingga menc£tuskan perbal@han antara suami isteri.
Dalam pada itu, t£gas Pablo, dia tidak pernah menjejakkan kaki ke lokasi seperti yang diperkatakan, namun begitu, dia memilih untuk memaafkan individu yang memulakan tuduhan tersebut.
"Saya maafkan siapa yang mulakan benda-benda macam ini. Dengan kerjaya saya, memang tak akan ke tempat-tempat macam ini. Saya orang yang dikenali, mustahil orang tak bergambar acara-acara macam itu atau ke tempat macam itu," tuturnya.
Terdahulu, tular sebuah video memaparkan Pablo sedang memberi penjelasan kepada isterinya berhubung dakwaan tersebut ketika melakukan siaran langsung di TikT0k.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment