08 February 2026

"INSYA-ALLAH, SAYA SABAR & AKAN KUAT DEMI ANAK-ANAK" - ISTERI INGAT PESAN ARWAH ALONG EYZENDY



"Along pesan suruh saya jadi kuat sebab ada anak-anak. Kena teruskan hidup juga kalau tak ada dia (Allahyarham). Macam mana-macam mana pun, 'life must going on' (hidup harus diteruskan)

"Jadi, kena kuat untuk anak-anak. Memang itu pesanan yang selalu Along titip dan ingatkan kepada saya. Sejak sebelum dia (arwah) s@kit lagi. Macam itulah pesan dia. Mana-mana sebelum dia nak pergi pun, mesti dia ingatkan saya agar menjaga diri dan anak-anak.

"Allahyarham Along dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang pada jam 9.30 pagi ini. Terima kasih pada semua yang datang dan mendoakan. Insya-Allah, saya sabar dan akan kuat demi anak-anak."

Klik untuk gambar besar

Demikian tutur balu kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy, 47, iaitu Hamidah Mohd Yatim, dimana kongsinya, arwah suaminya itu selalu berpesan agar sentiasa menjadi kuat untuk diri sendiri dan anak-anak dalam meneruskan kehidupan tanpanya.

Kata Hamidah, ketika hayat suaminya, pesanan itu sering diingatkan oleh Allahyarham setiap kali mahu keluar bekerja atau pergi ke mana-mana, termasuk berada di luar kawasan (out station) dan ia sudah pasti akan mengingatkan perkara yang sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: