"Dia adalah lelaki yang sedang saya kenali rapat sekarang ini. Dia merupakan seorang jurulatih peribadi dan sekarang rakan kongsi untuk perniagaan yang saya usahakan.
"Pada tahap usia dan pengalaman hidup saya sekarang ini, saya lebih menghargai ketenangan, nak rasa selamat daripada segi emosi serta cara berfikir berbanding perkara lain.
"Kami dah kawan sejak April tahun lalu dan terbuka ke arah perkahwinan. Kedua-dua keluarga pun dah restu hubungan ini. Alhamdulillah."
Klik untuk gambar besar
Jelasnya, dia sudah mengenali Mr AA sejak April tahun lalu dan masih dalam fasa mengenali satu sama lain serta berkata, meskipun mereka berbeza usia 10 tahun namun dia menyifatkan Mr AA seorang yang penyayang serta pandai memasak.
"Sifatnya ceria, tenang, penyayang dan sangat menghormati saya serta keluarga terutama anak saya. Dia juga miliki naluri kebapaan semula jadi. Itu yang sangat saya hargai sebagai seorang ibu.
"Apa yang buatkan saya lebih tertarik adalah dia pandai memasak. Kami juga buat persiapan untuk mengusahakan perniagaan makanan Jepun bersama," tuturnya.
Dalam pada itu, Nabila berkata selepas melalui pengalaman perkahwinan sebelum ini dia kini lebih berhati-hati untuk mengenali seseorang serta meminta mendoakan hubungan mereka dipermudahkan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment