08 February 2026

"KEHADIRAN RAMAI SAHABAT INDUSTRI MENUNJUKAN ALONG EYZENDY SANGAT DISENANGI & DISAYANG" - IEDA MOIN BERSYUKUR SEMPAT LAWAT ARWAH



"Hilang lagi seorang permata seni yang amat kami sayangi, Allahyarham Along Eyzendy. Tak tahu nak mula kata dari mana.

"Masih terbayang bulan 12 (Disember) tahun lepas, baru sahaja sepentas dengam arwah di Melaka. Apapun Cikda (Ieda Moin) bersyukur sempat melawat arwah tadi bersama suami, Mohd Amril Gul Khan.

"Ramai rakan industri berbaris menunggu untuk bersua walaupun tahu tidak dapat berbicara seperti biasa dengan kehadiran ramai sahabat industri yang menunjukkan Along sangat disenangi dan disayang.

Klik untuk gambar besar

"Takziah kepada keluarga besar Along. Innalillahiwainnailaihirojiun semoga Along ditempatkan dikalangan orang beriman ya Allah."

Itulah tulis pelakon Ieda Moin, 47, menerusi hantaran yang dimuatnaik di media sosial miliknya, dimana dia menyifatkan kehilangan sahabat industrinya, Allahyarham Along Eyzendy yang meninggal dunia pada jam 12.16 tengah malam tadi sebagai hilangnya seorang permata seni yang disayangi ramai.
Kehilangan kata-kata untuk berkongsi berita berkaitan arwah Along, Ieda atau nama sebenarnya, Siti Haida Abd Moin, dalam perkongsian duk@nya itu berkata, mereka sempat bekerjasama pada Disember tahun lalu.

Ujarnya, meskipun sukar untuknya melupakan kerjasama mereka, namun dia bersyukur dapat menziarahi arwah Along di Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang di sini.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan penggiat industri dan netizen mengucapkan takziah, termasuk mengimbau kenangan dimana mereka pernah bekerja dengan arwah Along atau Mohd Eyzendy Mohd Aziz, 47.

Pada jam 12.16 tengah malam tadi, Along yang ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum ini menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga dan meninggalkan seorang balu, Hamidah Mohd Yatim dan tiga orang anak.
Jenazah Allahyarham Along Eyzendy akan dikebumikan di Pasir Gudang, Johor iaitu kampung halaman isterinya.

Terdahulu, media melaporkan Along dimasukkan ke wad pada Jumaat minggu lalu akib@t demam dan batuk berpanjangan sebelum doktor mengesyaki terdapat jangk1tan pada stent di saluran hempedu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: