"Setelah mengambil kira kebimbangan ramai yang terkesan melalui pemerhatian di media sosial, pihak penganjur telah mengadakan satu mesyuarat teknikal bersama pihak Perbadanan Stadium pengurusan Ella, pembekal sistem bunyi (Digital Aid) dan pasukan teknikal yang telah terlibat bagi menyias@t aduan atas perkara yang berlaku pada Isnin, 16 Februari 2026 jam 2:00 petang.
"Pada Sabtu, 14 Februari 2026, setelah kami menerima aduan daripada penonton di tingkat 3, pihak teknikal vendor telah bergegas ke bilik SRS yang menempatkan kawalan sistem bunyi stadium tingkat 3 yang bertempat di tingkat 2 SNBJ dan mendapati bahawa sistem berkenaan telah ditukar format tetapannya dan telah berubah kepada sistem 'default' bukan seperti yang telah ditetapkan seperti semasa raptai dilakukan.
"Walaubagaimanapun, pihak teknikal telah menyelesaikan isu ini sekitar jam 9:50 malam. Pihak kami memandang s£rius akan perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat pada 16 Februari 2026 jam 5:26 petang."
Demikian kata penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella iaitu Hitman Solutions, dimana pihaknya menerusi satu kenyataan tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan dic£mari dengan insid£n g@ngguan sistem bunyi di tingkat tiga acara berkenaan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
Klik untuk gambar besar
"Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan pihak penganjur sedang berbincang bagi memberikan imbuhan bersesuaian kepada pemegang tiket Bronze yang terkesan dengan kejadian tersebut," ujarnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan ketidakpuasan hati penonton yang berada di tingkat 3 Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella yang dikatakan berdepan kualiti sistem bunyi tidak memuaskan di konsert tersebut.
Dalam konsert tersebut, antara momen paling ikonik dimana ia seakan mengimbau kenangan 1998 Sukan Komanwel yang berlangsung hampir tiga dekad lalu apabila Ella mengelilingi stadium menaiki bas, termasuk diiringi atlet kebanggaan negara seperti Datuk Nicol David, Ridzuan Puzi, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Farah Ann Abdul Hadi.
Selain itu, konsert turut diserikan penampilan artis jemputan seperti Amir Masdi, Sam Bunkface dan Joe Flizzow serta kemunculan mengejut Datuk Amy Search dan Tam Spider yang menc£tuskan sorakan luar biasa.
Konsert berkenaan turut membawa misi kemanusiaan apabila lebih RM100,000 berjaya dikumpulkan untuk disalurkan kepada pertubuhan kebajikan terpilih, sekaligus membuktikan muzik bukan sekadar hiburan, tetapi juga wadah berkongsi rezeki dan memberi makna kepada masyarakat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




















No comments:
Post a Comment