"Boleh saja saya jadi presiden. Kalau saya jadi presiden, saya buka keahlian. Macam persatuan lain juga, tapi ini 'Group Presiden Single'.
"Maksudnya jangan kacau kami. Saya nak tapis dan pastikan ahli yang betul-betul single sahaja. Jangan buat hal."
Itulah kata pelakon Zizan Razak, dimana dia mengakui terkejut apabila ada pihak menggelarnya 'Presiden Single' kerana belum berkahwin.
Klik untuk gambar besar
Disamping itu, mengulas mengenai gambarnya bersama wanita berhijab, Zizan menjelaskan, ianya hanya AI sahaja dan bergurau sahaja.
"Foto dengan wanita berhijab itu sekadar kandungan hiburan sahaja. Saya hanya komen pada Jaa Suzuran, minta dia hasilkan satu foto dengan wanita hasil teknologi kecerdasan buatan (AI).
Tak sangka pula dia terus buat. Bila saya muat naik, terkejut sebab tontonan cecah lima juta dan komen pun dah banyak.
"Nak padam rasa sayang, jadi biarlah kekal begitu," ujar Zizan yang turut berkata, sebagai manusia biasa sudah pasti mempunyai keinginan untuk berkahwin, namun belum bertemu jodoh lagi.
"Semua itu sekadar gurauan dengan peminat. Namun, saya tahu ramai yang nak tengok saya kahwin. Saya doakan juga dan memang sudah layak cuma belum jumpa jodoh lagi. Kalau ada nanti, saya akan umumkan. Saya memang nak kahwin," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!






No comments:
Post a Comment