22 February 2026

NAFI 'LIVE' KERANA MAHU MENAGIH 'GIFT' - AMYZA AZNAN KONGSI PERKEMBANGAN ANAK-ANAK : "TERIMA KASIH KERANA DOAKAN, MEREKA RASA GEMBIRA"



"Hari ini (semalam) istimewa untuk anda semua yang sentiasa mendoakan anak-anak saya, sebab itu saya buat siaran langsung untuk berkongsi perkembangan keadaan mereka.
"Andre masih menjalani kem0terapi dan Adrian akan menyusul tidak lama lagi. Jutaan terima kasih atas doa anda semua."

Demikian jelas pelakon Amyza Aznan, menerusi siaran langsung di media sosial, dimana dia berkongsi perkembangan terkini keadaan dua anak lelakinya, Andre Mikhail (anak sulung) dan Adrian Adam (anak kedua) yang kini sedang berdepan ujian mas@lah kesihatan s£rius.

Dalam siaran langsung itu, ia memaparkan wajah anak Amyza yang tersenyum memandang ke arah kamera telefon.

Klik untuk gambar besar 
Apa yang lebih menyentuh hati, Amyza dalam masa sama turut memaklumkan, keadaan anak sulung kini menunjukkan perkembangan p0sitif apabila kelihatan semakin ceria.

"Disebabkan doa itulah anak-anak saya nampak ceria seperti ini dan selepas ini oksigen juga akan ditanggalkan. Alhamdulillah," tuturnya sebak.

Sementara itu, Amyza menjelaskan tindakannya membuat siaran langsung kerana mahu memaklumkan keadaan terkini anak-anaknya kepada orang ramai yang mengambil berat dan bukanlah untuk meraih 'gift' daripada pengikut.
"Sebab itu saya tak nak buat live, t@kut orang kata nak ‘gift’. Sebenarnya saya buat live kerana ramai yang bertanya dan nak tahu keadaan anak-anak saya.

"Bila buat live ini, anak saya pun tersenyum. Terima kasih kerana doakan, mereka rasa gembira. Alhamdulillah, terima kasih atas 'vibe' p0sitif semua," ujarnya.

Pada Khamis lalu, Amyza berkongsi khabar duk@ apabila anak keduanya disahkan menghidap kans£r tulang dan lebih memilukan, ujian tersebut hadir selepas hampir setahun anak sulungnya berjuang melaw@n kans£r paru-paru.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: