21 February 2026

"PAKAI & JAGA KASUT TU OKAY, IBU DAH JALAN JAUH DENGAN KASUT INI" - PESAN SHUIB PADA THALITA



"Daddy nak awak pakai kasut ni sebab kalau tak guna dia akan rosak, muat tak?" demikian ujar pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu dalam satu perkongsian video di media sosial miliknya.
Menerusi video yang dikongsikan, Shuib dilihat telah menyerahkan kasut arwah isterinya, Siti Sarah kepada anak perempuan mereka, Thalita.

Pemberian kasut itu membuatkan Thalita terkejut kerana saiz arwah ibunya itu sepadan dengan kakinya serta memuji kasut berkenaan cantik.

Klik untuk gambar besar 
"Kasut ini sangat cantik, saya bukan tak nak sebelum ini tapi saya segan nak tanya untuk pakai," kata Thalita yang diminta untuk mencuba dua pasang kasut milik arwah ibunya, sebaik selesai menunaikan solat.

Dalam pada itu, Shuib berkata, kasut tersebut dibeli Siti Sarah di Singapura dan sering dipakai oleh arwah sewaktu sedang mengandung anak terakhir.
"Kasut itu ibu beli masa kat Singapura. Dia suka sangat pakai sebab selesa. Yang ini (sandal) dia beli masa ibu tengah pregnant Ayash. Ibu selalu pakai yang ini.

"Pakai dan jaga kasut tu okay. Ibu dah jalan jauh dengan kasut ini. It's yours. Cakap thank you dekat ibu," ujarnya.

Perkongsian Shuib itu telah mengundang rasa sebak netizen, lebih-lebih lagi gelagat Thalita yang mencium kasut arwah ibunya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: