"Alhamdulillah, doktor sudah buang tum0r itu supaya ia tidak merebak cuma akarnya mungkin masih ada. Saya juga sudah selesai radi0terapi lebih kurang 20 hingga 30 minit satu sesi selama lebih sebulan.
"Pada minggu kedua radi0terapi, nampak kesan terbak@r dan masuk minggu ketiga hinggalah selesai, kulit mula mengelupas. Selepas dua hingga tiga minggu selesai rawatan, kesan hitam dan terbakar masih ada dan kena tunggu kulit baru pula akan keluar."
Demikian jelas pelakon Sahronizam Noor, 54, dimana dia meluahkan rasa syukur tahap kesihatannya akib@t kans£r tulang belikat tahap kedua berada dalam keadaan baik selepas selesai rawatan radi0terapi sebanyak 33 kali yang berakhir pada 8 Februari lalu.
Sepanjang rawatan berkenaan, suami kepada pelakon dan penyanyi, Safura Ya'cob itu berkata, dia juga terpaksa berulang-alik ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selama lebih sebulan setiap hari, selain juga berkongsi, berat badannya hanya susut kira-kira satu kilogram sahaja.
Klik untuk gambar besar
"Jadi, sepanjang radi0terapi, saya memang jaga perkara itu," katanya yang turut mengulas mengenai rawatan alternatif, dimana maklumnya, ada rakan yang mencadangkan padanya perkara itu.
"Doktor tidak beri kebenaran untuk saya buat rawatan alternatif buat masa ini. Saya juga mahu tengok keputusan selepas radi0terapi dan rawatan susulan pada April nanti.
"Kalau saya mahu buat rawatan alternatif pun mungkin selepas dapat keputusan ujian imbasan tom0grafi berkomputer (CT Scan) pada 1 April dan pemeriksaan susulan dengan pakar ort0pedik pada 6 April," katanya yang turut berkongsi aktiviti Ramadan, dimana dia juga dapat menjalani ibadah puasa sepanjang tempoh seminggu ini.
"Saya belum ada tinggal puasa lagi. Cuma solat tarawih, baru dapat buat sekali kerana tidak mampu buat sampai 20 rakaat kerana sakit datang semula. Pada masa sama, saya juga masih lagi menghabiskan baki penggambaran drama bersiri 60 episod berjudul 'Mencari Isteri Sempurna' sepanjang Ramadan ini.
"Selepas disahkan kans£r tahap dua, ada juga produksi yang tanya dari segi watak tapi saya cakap okay saja dan tidak memilih. Tapi produksi pun faham dan tidak buat babak aksi yang membabitkan banyak aspek fizikal," ujarnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment