07 March 2026

AL-FATIHAH - BAPA WANN KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 9.25 malam tadi, bapa kepada penyanyi terkenal, Wann atau nama sebenarnya, Wan Rashidah iaitu Meor Abdul Rashid Meor Abdul Salim atau Pak Meor, 78, dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Selayang.

Berita duk@ itu dikongsikan oleh anaknya, Wan Samirah, dimana maklumnya, Allahyarham bapanya itu pada awalnya mempunyai mas@lah s@kit hempedu yang mngandungi batu karang.

"Abah kemudian menghidap jangk1tan kum@n dalam perut, hati dan k£ncing manis serta asma diakhiri buah pinggangnya pula r0sak kedua-dua belah.

Klik untuk gambar besar

"Hampir sebulan abah berada di hospital dibantu oksigen sehingga akhir hayatnya malam tadi, ayah pergi dihadapan kami anak, cucu cicit dan ramai lagi.

"Kami hanya mampu melihat abah perlahan-lahan meninggalkan kami," kata Wan Samirah yang turut memberitahu, kakak sulungnya, Wann dan Wan Intan Suraiya tidak sempat bersama bapa mereka buat kali terakhir.
"Kak long dengan Kak Intan tidak sempat melihat abah. Mereka hanya melihat abah pergi ketika di dalam perjalanan," tuturnya.

Jenazah diuruskan di surau PPR Sri Aman, Jinjang pagi tadi dan dikebumikan pada jam 10 pagi di Tanah Perkuburan Islam Batu Lima Jalan Ipoh (belakang komplek membeli belah) Sungai Mas.
Allahyarham meninggalkan tujuh anak dimana tiga diantara mereka merakamkan album iaitu Wann, Wan Salmiah (Hawa) dan Wan Samirah.

Terdahulu, ibu mereka iaitu Junaidah Shaari atau Miss June, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 29 Jun 2024 akib@t kans£r hati dan dikebumikan di tanah perkuburan sama.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: