07 March 2026

DEDAH KURANG TAWARAN MENYANYI SELEPAS BERIMEJ BAHARU - SHIMA REDA DIUJI MAS4LAH KESIHATAN, SETIAP BULAN PERGI HOSPITAL UNTUK DAPATKAN BEKALAN UBAT-UBATAN



"Selepas buat perubahan pada imej dan aktif menyanyi di TikT0k, saya masih kurang dapat tawaran menyanyi. Mungkin kerana pihak penganjur ingat saya masih s@kit. Ramai yang masih t@kut dan ingatkan saya tidak boleh menyanyi. Peny@kit saya ini tiada kena mengena dengan suara."

Demikian tutur penyanyi Shima atau nama sebenarnya, Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 57, dimana jelasnya, meskipun sudah kembali aktif menyanyi, sehingga kini tawaran masih kurang lebih-lebih lagi selepas tidak lagi berhijab.

Shima yang kini sudah tidak lagi meniaga makanan sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada bidang seni suara itu berkata, masih ramai yang beranggapan dirinya masih belum mempunyai kekuatan untuk menyanyi memandangkan pernah mengalami slip disc.

Mengenai kesihatan pula, anak jati Banting Selangor yang sudah bertahan hampir 40 tahun dalam dunia hiburan tanah air dan berdepan pelbagai ujian itu reda apabila diuji mas@lah kesihatan.

Ujarnya lagi, mengalah bukan pilihan dan berhubung itu, dia yang setiap hari bert@rung dengan peny@kit slip disc, br0nkitis dan peny@kit s£ndi oste0arthr1tis itu meneruskan perjuangan hidup berbekalkan semangat dan kesedaran yang dia seperti orang lain, perlu terus mencari rezeki demi kelangsungan hidup.

Klik untuk gambar besar

"Kalau dilihat pada segi luaran, memang saya ini nampak sihat sebab orang tidak melihat kes@kitan yang saya tanggung. Saya menghidap slip disc, br0nkitis dan oste0arthr1tis. Setiap bulan saya ke hospital untuk dapatkan bekalan ubat-ubatan agar s@kit saya ini terkawal.

"Biasalah, pada usia saya sekarang, kesihatan sudah jadi tidak menentu. Saya terima sahaja keadaan ini. Saya pun bukannya muda lagi. Horm0n dalam badan juga tidak seperti semasa muda dulu. Maka timbullah banyak peny@kit. Saya sebenarnya hadapi apa yang kebanyakan wanita lalui," jelas penyanyi bersuara serak basah ini.

Disamping itu, Shima dalam masa sama turut bersyukur kerana masih ada penganjur yang sudi menawarkan peluang membuat persembahan meskipun maklum dengan mas@lah kesihatan yang dialaminya kini.

Shima juga tidak menyangka dia menjadi pilihan HS Event & Entertainment untuk melengkapi barisan penghibur yang bakal membuat persembahan sempena Konsert amal Ijmal Cinta Ramadan 3.0 pada 14 Mac ini.

"Seorang rakan wartawan memaklumkan saya mengenai tawaran ini. Saya merupakan penerima sumbangan hasil kutipan konsert yang sama tahun lepas. Kali ini, saya diberi kepercayaan membuat persembahan. Alhamdulillah, ini rezeki di bulan mulia
"Saya anggap konsert ini istimewa kerana inilah peluang saya bertemu semula rakan seperjuangan dunia seni antaranya ahli Kopratasa, Sani Sudin dan Siso yang merupakan penerbit album pertama, kadua dan ketiga saya," kongsinya.

Konsert Ijmal Cinta Ramadan yang bakal dipentaskan di Saloma Kuala Lumpur turut menampilkan To'Ki, Zur Eda, Norshila Amin, Dayangku Intan, Roy, Mamat, Kopratasa, The Rayhan dan Zack Kacamata.

Dalam pada itu, Shima meluahkan rasa kec£wa terhadap penganjur yang tergam@k menawarkan bayaran terlalu rendah kepada penyanyi lama dan tindakan itu jelas menunjukkan sikap tidak profesional pihak berkenaan yang memandang artis lama dengan sebelah mata.

"Pernah saya ditawarkan RM1500 untuk menyanyi banyak lagu. Tapi saya tolak secara baik. Kita sudah berada dalam tahun 2026, bukan lagi dalam era 90-an. Saya masih menyanyi, tapi saya terpaksa tolak bayaran yang tak munasabah.

"Penyanyi juga menanggung pelbagai kos, antaranya bayaran jurusolek dan menyewa baju untuk dipakai ketika membuat persembahan. Jadi tolong jangan pandang rendah penyanyi lama dengan memberi bayaran yang tak berbaloi," tegurnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: