07 March 2026

WALAUPUN ALAMI STR0K & BERKERUSI RODA, M JAMIL TETAP BERHASRAT UNTUK KEMBALI BEKERJA : "SAYA RASA AMAT BOSAN DI RUMAH"



"Saya sebenarnya ada minta kerja di FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia). Saya dah buat surat dan hantar kepada Pengerusinya, Datuk Hans Isaac.

"Saya nak kerja yang sesuai dengan kebolehan saya. Apabila tak bekerja, saya rasa amat bosan di rumah. Jadi saya harapkan permohonan saya dapat pertimbangan mereka."

Itulah kata pelakon dan pengarah, M Jamil, 62, dimana beliau tetap berhasrat untuk kembali bekerja walaupun mengalami str0k sejak lapan tahun lalu serta berkerusi roda.

Jelas M Jamil atau nama sebenarnya, Mohamad Jamil Zulkifli, beliau tidak mahu bergantung kepada bantuan daripada pihak tertentu dan kerana itu, anak kepada Seniwati Datuk Sarimah Ahmad itu berhasrat mempunyai pendapatan seperti dahulu.

Klik untuk gambar besar

Meneliti latar belakangnya, M Jamil mempunyai latar pendidikan dalam bidang perfileman yang kukuh, dimana beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Perfileman (Film Studies) di London, United Kingdom.

Pendedahan di London ini memberi beliau perspektif teknikal yang lebih moden dalam pengarahan dan penerbitan filem dan sekembalinya dari luar negara, beliau terus aktif terlibat dalam industri seni tanah air, bukan sahaja sebagai pelakon tetapi juga sebagai pengarah dan penerbit

Sebelum ini, M Jamil yang berkahwin kali keempat dengan Shahrila Markom pada 24 Mei 2014, melahirkan perasaan terkil@n apabila isterinya keluar rumah dan menuntut cerai pada 24 Disember lalu.
Bukan itu sahaja, malah Sharila turut membawa dua anak mereka, Sarimah Salma, 11, dan Laila Jamila, 9, bersamanya.

Untuk makluman, M Jamil yang mempunyai 11 orang anak menerusi empat perkahwinan itu kini tinggal bersama dua anaknya hasil perkahwinan dengan Allahyarham Siti Rohani Wahid.

Difahamkan, dua anaknya menetap di luar negara bekerja sebagai doktor dan pensyarah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: