"Saya tidak mahu berkongsi apa-apa mengenai punca perceraian. Sekarang ini Ramadan, bulan yang mulia untuk menjaga silaturahim. Saya ingin hubungan kami kekal baik tanpa sebarang isu yang timbul akibat kenyataan berlebihan. Saya perlu menghormati kedua-dua pihak, termasuk keluarga saya sendiri."
"Saya sudah selesai menjalani tempoh idah. Perpisahan dengan bekas suami berlaku secara baik dan hubungan kami masih harmoni. Hubungan keluarga kami juga tetap baik."
Demikian ujar pelakon dan pengacara, Zulin Aziz, 37, dimana enggan berkongsi punca perceraian dengan bekas suami, Farhan Norzaini selepas lebih empat tahun mendirikan rumah tangga.
Kata Zulin atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz, perceraian mereka yang berlaku secara baik itu adalah isu peribadi, selain mahu menjaga sensitiviti keluarga, namun turut men£gaskan, hubungan mereka masih baik dan memilih fokus kepada kehidupan serta kerjaya sendiri.
Klik untuk gambar besar
"Ramai orang mudah cakap, kenapa hendak bercerai seolah-olah macam membeli baju. Tetapi, mereka tidak berada di tempat kita, mereka tidak tahu apa yang berlaku.
"Saya tidak perlu menjelaskan kepada semua orang. Biarlah orang bercakap, tetapi saya belajar bahawa saya lebih selesa dengan keputusan sendiri berdasarkan pengalaman orang lain.
"Saya mengambil iktibar daripada kisah perceraian orang lain. Alhamdulillah, saya lebih tenang dengan pendirian saya. Hubungan kami masih baik dan normal, cuma bezanya kami bukan lagi suami isteri," tuturnya.
T£gas Zulin lagi, fokus utamanya kini adalah kehidupan peribadi dan kerjaya dan perkara itu dapat diteruskan dengan sokongan keluarga serta sahabat handai.
"Saya dalam fasa pemulihan perlahan-lahan. Saya cuba untuk jadi macam biasa, bergelak tawa untuk menutup apa-apa mas@lah. Saya tidak suka sangat melayan em0si.
"Saya pula bekerja kena melawak. Saya tidak mahu nanti terlalu berem0si. Biarlah saya menangis, sedih atau apa sekali pun di rumah saja. Biarlah kalian nampak yang indah-indah saja.
"Saya ada keluarga dan sahabat yang sentiasa bersama saya. Sebab itulah saya tidak rasa terlalu terb£ban. Saya pun ada rakan media yang sangat rapat, datang ke rumah saya memberi semangat," ujarnya.
Sebelum ini, Zulin dilaporkan sudah bercerai dengan Farhan pada 18 Disember tahun lalu selepas bernikah pada 20 Februari 2022 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment