"Kami tiada hadanah cuma keputusan bersamalah. Tapi macam saya cakap saya gembira sebab Uqasha memudahkan saya untuk jumpa Hawra. Hak bermalam? Buat masa ini tidak lagi sebab saya faham dan tahu mungkin pihak Uqasha risau saya tiada pengalaman nak jaga dia (Hawra).
"Tapi saya tak ada mas@lah pun, saya cuba faham dan dapat jumpa pun dah bersyukur sangat. Boleh luangkan masa dengan dia sebab masa tidur dia pukul 10 malam, jadi sebelum itu saya dah hantar dia balik."
Itulah kata pelakon Kamal Adli, 42, dimana dia menganggap ketiadaan hak bermalam bersama anaknya bukan satu mas@lah besar, sebaliknya tetap berusaha memberikan yang terbaik buat puteri tunggalnya, Hawra Uqaira.
Menerima segala keputusan yang dibuat demi memastikan yang terbaik buat Hawra, Kamal atau nama sebenarnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, berkata, dia bersyukur kerana bekas isterinya, pelakon Uqasha Senrose sentiasa memudahkan urusannya untuk berjumpa dengan anak mereka.
Klik untuk gambar besar
"Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik tiada orang. Itu yang terlepas sahur. Hari ketiga sahur dah tak boleh bangun, tidak mampu dah sebab tiada orang kejut. Sebelum ini bangun sebab kena kejutkan orang, pastikan orang sahur juga.
"Tapi tahun ini tak makan pun tak apa, memang tangkap muat saja setakat ini, apa yang ada," tuturnya yang sempat berselor0h mengenai dapurnya yang sudah lama tidak berasap kerana jarang memasak sejak kebelakangan ini.
"Tak ada kepentingan sangat nak fikir macam dahulu. Kalau hari pertama puasa dulu, saya tak reti masak, konon-konon masak. Tahun ini tak masak pun, dapur pun saya dah lupa bentuk macam mana sebab lama sangat tak masuk dapur," ujarnya.
Untuk makluman, Kamal dan Uqasha sah bergelar suami isteri pada 4 November 2021 dan sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia dua tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment