06 March 2026

HARTANAH SYARIKAT DATUK VIDA - MAHKAMAH ARAH DILEL0NG SELEPAS GAGAL BAYAR PEMBIAYAAN RM15.5 JUTA



Bagi mendapatkan semula RM15.5 juta pembiayaan Islam yang tidak dibayar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan penjualan hartanah milik syarikat usahawan k0smetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Maybank Islamic untuk meneruskan penjualan beberapa hartanah kerana bank berkenaan memenuhi syarat di bawah Seksyen 256 Kanun Tanah Negara.

Dalam alasan penghakimannya bertarikh 4 Mac, Hakim Norsharidah berkata, pihak bank membuktikan kemudahan pembiayaan diberikan kepada syarikat Vida, Vida Beauty Sdn Bhd dan dijamin melalui cagaran ke atas beberapa lot tanah di Hulu Kinta, Perak.

Klik untuk gambar besar

"Tidak dipertik@ikan kemudahan pembiayaan diberikan kepada defendan dan hartanah yang dinyatakan dalam sam@n pemula dicagarkan secara sah sebagai jaminan bagi pembiayaan itu," katanya

Sebelum ini, Maybank Islamic meluluskan kemudahan Pembiayaan Berjangka Komoditi Murabahah-i berjumlah RM4.886 juta kepada Vida Beauty dengan cagaran tujuh lot tanah, berdasarkan dokumen mahkamah.

Bagaimanapun, kegagalan syarikat itu untuk membayar balik kemudahan berkenaan, jumlah tertunggak meningkat kepada RM8.45 juta setakat 30 September 2022, termasuk keuntungan terkumpul dan caj bayaran lewat.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: