"Biasalah, kita perempuan, kadang-kadang begitu. Kami pun baru saja dalam fasa perkenalan. Tiada apa yang perlu diperkatakan sebab hubungan kami masih baru, masing-masing pun sibuk dengan kehidupan masing-masing.
"Semua okay sahaja. Bagi saya kita fokus apa yang penting seperti kerja dan keluarga. Sudah tentu kita nak yang baik-baik, jadi doa yang baik-baik."
Demikian kata pelakon Nadia Brian, 34, yang tampil menjawab mengenai status sebenar hubungannya dengan usahawan Nedim Nazri selepas didakwa tidak lagi menjalinkan hubungan cinta.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, akui Nadia, dia berasa malu untuk berkongsi lebih lanjut mengenai hubungan mereka kerana menganggap perkara tersebut terlalu peribadi.
"Kalau perihal peribadi, kita malulah sebenarnya nak bercerita dan kongsi untuk mendapatkan cerita, saya bukan macam itu. Bab hubungan ini adalah perkara peribadi.
"Tapi saya faham peminat risau dan sayangkan kita, jadi saya berterima kasih. Apa yang saya boleh kongsi, saya akan kongsi," katanya.
Untuk makluman, hubungan Nadia dan Nedim mula hangat diperkatakan sejak hujung tahun lalu apabila kedua-duanya dilihat saling menunjukkan kemesraan di media sosial.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment