08 March 2026

ANAK-ANAK KINI DAH BESAR - SAIFUL APEK PILIH RAHSIAKAN WAJAH, TAK MAHU MEREKA DIEJ£K KERANA KERJANYA SEORANG PELAWAK : "CUKUP BIAR SAYA SAHAJA DIKENALI, KELUARGA TIDAK PERLU"



"Sebagai penggiat seni terutama pelawak, bagi saya cukup biar saya sahaja dikenali dan menjadi tumpuan peminat. Manakala, anak-anak dan keluarga tidak perlu.
"Ini kerana, saya mahu anak-anak saya membesar dalam keadaan sebagaimana kanak-kanak lain tanpa perlu mendengar cakap-cakap kurang manis orang sekeliling terhadap kerja ayah mereka.

"Maklumlah sebagai pelawak ada kalanya untuk hiburkan penonton, kita kena buat macam-macam seperti pakai pakaian perempuan, jadi cicak dan sebagainya kerana memenuhi tuntutan kerja itu.

"Tetapi, mana tahu di sekolah pula anak kita turut menjadi bahan ketawa kawan-kawan. Mungkin ada yang mengej£k atau p£rli macam, 'eh bapa kamu jadi perempuan la' atau 'bapa kamu cicak ke?'..."

Demikian kata pelawak yang juga anggota Senario, Saiful Apek, 57, dimana dia memilih untuk tidak mendedahkan kehidupan peribadinya, meskipun media sosial kini menjadi tumpuan ramai untuk berkongsi hantaran foto keluarga dan anak-anak.

Klik untuk gambar besar 
Lebih memilih untuk merahsiakan wajah dua anak lelakinya daripada pengetahuan umum, Saiful Apek atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, berkata, sejak daripada anak-anaknya masih kecil sampai dewasa, dia memang jarang berkongsi foto keluarga di media sosial kerana itu pilihan yang terbaik.

Dalam pada itu, ujar Saiful Apek lagi, dia juga tidak mahu em0si dan pemikiran anak-anaknya terg@nggu, maka lebih baik tidak semua perkara perlu dikongsikan di media sosial.

"Bagaimanapun, ini mungkin cara saya untuk tidak 'expose' anak-anak dan keluarga. Tetapi, ia hak masing-masing untuk memuatnaik foto keluarga atau tidak, saya menghormatinya.

"Alhamdulillah, anak dan isteri saya pun memang okay apabila foto mereka tidak dikongsikan. Cuma, kalau dah memang orang lain tahu yang mereka adalah anak saya, tidak mengapa. Saya okay sahaja.
"Apa yang pasti hubungan kekeluargaan kami erat. Selama saya tidak berkongsi perihal keluarga seperti foto, anak-anak saya pun tidak mervngut atau berk£cil hati.

"Saya tengok mereka sentiasa 'happy' (gembira) walaupun momen-momen indah bersama saya agak terhad. Ini kerana, apa sahaja urusan di sekolah dan berjumpa guru, semua digalas oleh ibu mereka. Saya pula bekerja.

Tambahnya lagi, pendekatan mendidik anak juga biasa-biasa sahaja dan 'simple' dengan memahami serta menghormati keputusan mereka.

"Sebenarnya, dulu kalau saya macam tinggi suara untuk mar@h anak, mereka tidak t@kut pun dengan saya. Kadang-kadang siap cakap lagi, 'tengok tu Saiful Apek dah mar@h'.
"Jadi bila diingat balik semuanya sekarang, seronok juga. Anak-anak saya pun dah besar, seorang berusia 31 tahun dan sudah berkahwin manakala seorang lagi, umur 28 tahun akan bernikah dalam tahun ini," tutur pelakon filem 'Cicakman' dan 'Duyung: Legenda Aurora' ini.

Disamping itu, Saiful Apek meluahkan rasa sangat bersyukur apabila anak-anak tidak pernah membandingkan kehidupan mereka dengan keluarga lain.

"Jadi, sebagai bapa dan ketua keluarga sebenarnya setiap orang ada cara masing-masing dalam mendidik anak. Malah, bagaimana anak dapat rasai kasih sayang itu biar secara semula jadi sahaja.

"Allah Maha Mengetahui dan kita banyakkan berdoa, usaha menjaga keharmonian keluarga dan bertawakal. Dalam kehidupan ini, kita ikut apa yang agama sudah ajar dan lakukannya," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: