"Best, tahniah dear," itulah tulis Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 47, dimana beliau memberi pujian kepada lagu baharu nyanyian penyanyi Aisha Retno berjudul 'Jodoh Lebaran' yang dilancarkan pada 6 Mac lalu.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Aisha di media sosial, Siti atau nama spenuhnya, Siti Nurhaliza Tarudin, menunjukkan reaksi p0sitif dan mengucapkan tahniah atas pelancaran lagu raya baharu penyanyi itu.
Pujian yang diberikan Siti telah mendapat perhatian netizen yang menganggap komen tersebut sebagai satu tanda p0sitif, selain turut menyifatkan, jika lagu dipuji penyanyi nombor satu negara itu, pastinya hasilnya memang terbaik.
Klik untuk gambar besar
"Wah, TokTi dah approved jadi rakyat Malaysia pun setuju!" antara komen-komen yang ditulis netizen.
Sementara itu, Aisha meluahkan keterujaannya menerusi lagu 'Jodoh Lebaran' dan berharap lagu raya itu dapat menghiburkan orang ramai.
"Muzik video rasmi Jodoh Lebaran sudah pun dilancarkan. Alhamdulillah. Jodoh di hari raya dah dapat ke sayang? Enjoy, hidup rentak di hari raya selamanya. Ucapkan selamat hari raya dulu kemudian nanti datanglah jodoh tu," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment