08 March 2026

SEDEKAD HIDUP SOLO - MARISSA YASMIN AKUI SELESA, BELUM TERFIKIR CARI PENGGANTI : "SAYA MAHU JALANI HIDUP DENGAN TENANG"



"Setakat ini, saya memang tidak terfikir untuk mencari pengganti. Kalau sekadar saja-saja mahu mencari pasangan, bagi saya itu tidak perlu. Pada usia sekarang, saya mahu menjalani hidup dengan tenang.

"Saya selesa dengan apa yang Allah SWT berikan kerana saya mampu melakukan banyak perkara sendiri dan mengejar apa yang diinginkan, jadi buat apa saya mahu mencari mas@lah lagi."

Demikian kata pelakon senior, Marissa Yasmin, 48, dimana dia mengakui selesa dengan kehidupannya sekarang dan belum terfikir untuk mencari pengganti selepas sedekad menjalani kehidupan solo.

Klik untuk gambar besar

Ujar Marissa atau nama sebenarnya, Marissa Yasmin Mariam Yaakob, dia lebih menghargai kehidupan yang dilalui sekarang selepas melalui fasa sukar dalam rumah tangga sebelum ini.

Dalam pada itu, jela pelakon siri 'Walid' ini lagi, hidupnya sentiasa dipenuhi dengan kehadiran ahli keluarga yang besar dan berhubung itu, dia tidak berasa sunyi terutama pada Ramadan ini.

"Saya tidak pernah rasa sunyi walaupun tanpa suami dan anak kerana masih ada ibu bapa dan nenek yang berusia 90 tahun.
"Hidup saya memang didedikasikan buat keluarga selagi mereka masih hidup. Selain itu, saya juga mempunyai adik-beradik, sepupu serta anak saudara yang ramai," katanya yang dalam masa sama tidak menolak takdir sekiranya bertemu jodoh sekali lagi.

"Jika ada insan yang Allah SWT hadirkan itu benar-benar melengkapi hidup saya, itu berbeza. Tetapi jika saya pula yang perlu berusaha melengkapkan dirinya untuk menjadi sempurna, bagi saya itu tidak perlu.

"Pada usia sekarang, usaha ke arah itu memerlukan komitmen yang sangat besar," tuturnya yang yang tidak dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin dengan Muhzir Mohd Zainuddin yang juga Pengurus Jualan Teknologi Maklumat pada 2010 sebelum disahkan bercerai talak satu pada 14 Januari 2016.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: