10 March 2026

BABAK 'HAMIL' DALAM MV 'BINCANG RAYA' - AMIRA OTHMAN NAFI IA PETANDA DIRINYA BERBADAN DUA



"Babak tu tak ada kena mengena (hamil). Saya pun tanya suami kenapa buat macam tu. Kami cuma nak buat babak plot twist sikit. Tak ada bagi hint apa-apa pun.

"Daripada awal lagi saya kahwin memang orang cakap nampak baby bump. Kalau memang benar kami akan kongsikan (berita kehamilan)."

Itulah kata penyanyi dan pelakon, Amira Othman, 33, dimana dia menafikan dakwaan kononnya babak memaparkan dirinya sedang hamil dalam video muzik (MV) lagu raya duet bersama adiknya, Irfan Haris iaitu 'Bincang Raya' merupakan petunjuk dia kini berbadan dua.

Untuk info, video muzik 'Bincang Raya' sudah mula ditayangkan secara rasmi pada jam 7 malam Isnin di saluran YouTube.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, jelasnya, idea bagi babak itu datang daripada suaminya, pelakon Fattah Amin yang bertindak sebagai pengarah MV berkenaan bersama rakan pengarah, Khalid Nadzri, bagi menambah kejutan dan babak tersebut sekadar elemen jalan cerita yang dirancang.

Tutur Amira atau nama sebenarnya, Nadia Amira Othman, itu lagi, dia sering menerima komen daripada orang ramai yang mendakwa kelihatan seperti mempunyai 'baby bump' sejak awal perkahwinannya lagi.

Disamping itu, Amira berkata, dia dan suaminya tidak akan teragak-agak untuk berkongsi dengan peminat sekiranya ada berita gembira tentang kehamilannya selepas peminat membuat teka-teki mengenai status dirinya.
Amira dalam masa sama turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami selain juga men£gaskan tidak mempunyai niat untuk menyembunyikan sebarang berita gembira sekiranya perkara itu benar pada masa hadapan.

"Insya-Allah kalau ada perkara baik, waktu yang baik dan bersesuaian kita akan kongsikan. Setiap kali kita nak kongsi apa-apa sudah tentu kami fikirkan tentang keluarga dan nasihat-nasihat orang-orang alim ulama.

"Lagipun bukan kita nak sembunyikan apa-apa cuma bergantung kepada keadaanlah," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada 14 September tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: