"Saya pun tak tahu wajar atau tak tukar (nama 'Coach Cerai') tapi sebab banyak sangat maklum bal@s, saya tak perlu angkvh dan berd£gil sebab niat saya bukan sebab nak bagi tular.
"Tapi niat saya nak membantu orang membina kehidupan selepas perceraian. Sekarang saya tengah pertimbangkan apa nama patut saya pakai kalau bukan 'Coach Cerai', apa nama sesuai untuk misi saya jalankan. Saya hargai sokongan, tolong beritahu (cadangan).
"Baru baru ini saya dijemput berdialog dengan JAKIM, bila saya sampai ada jabatan agama yang lain untuk bincang tentang peranan dan fungsi bimbingan selepas perceraian.
"Alhamdulillah selepas beri penjelasan, mereka sangat menyokong usaha saya ini. Mereka nampak keperluan membantu individu yang melalui perceraian untuk bangkit semula.
"Mereka mengaku sekarang ini tak ada pr0gram membantu orang pasca perceraian namun cadangkan saya pertimbangkan nama 'Coach Cerai' bukan sebab kerja itu tak baik... tapi perkataan itu menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat."
Klik untuk gambar besar
Menerusi hantaran video di media sosial, Coach Cerai mengakui nama yang digunakannya kini sudah dikenali umum dan membantunya daripada segi pemasaran.
Coach Cerai bagaimanapun berkata, dia perlu mengambil kira maklum bal@s khususnya pandangan neg@tif yang kurang senang dengan nama tersebut.
Jelasnya lagi, keinginan menukar nama 'Coach Cerai' itu juga kerana mengambil pandangan hasil pertemuannya dengan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selain berkata, dia belum memikirkan nama komersial yang baru untuk digunakan dan menghargai cadangan bernas daripada orang ramai.
Terdahulu, Coach Cerai dikec@m t£ruk oleh warganet dan orang ramai selapas tular kisahnya yang menawarkan khidmat membimbing individu selepas perceraian dengan nama komersialnya itu.
Media turut melaporkan kenyataan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang turut mengec@m dan membantah penggunaan nama 'Coach Cerai' kerana meng£lirukan dan menj£jaskan pr0ses rundingan juga perdamaian pasangan suami isteri yang berdepan kem£lut rumah tangga.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan dilapor berkata, perceraian tidak wajar diprom0sikan sebagai jalan pintas, sebaliknya pasangan yang berdepan kris1s rumah tangga digalakkan mendapatkan bimbingan profesional melalui saluran sah dan berautoriti.
Beliau dipetik berkata, kewujudan serta prom0si perkhidmatan tertentu yang menggunakan penjenamaan seperti 'Coach Cerai' menarik perhatian masyarakat dan menimbulkan kek£liruan terhadap pendekatan sebenar Islam dalam menangani k0nflik rumah tangga serta kris1s perkahwinan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment