"Dia (Fatima) memang comellah. Saya memang tak sangka anak saya boleh rakam sebuah lagu duet dengan mommy (Fazura). Cutelah. Saya tengok ramai juga yang suka. Alhamdulillah tak sangka dia ada bakat menyanyi."
Itulah kata pelakon Fattah Amin, 36, dimana dia tidak menyangka anak perempuannya, Nur Fatima Aisya mempunyai bakat nyanyian apabila merakamkan lagu duet bersama bekas isterinya yang juga pelakon Nur Fazura, berjudul 'Raya Pum Pang Lagi'.
Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, meluahkan rasa syukur kerana lagu duet tersebut menerima reaksi p0sitif daripada pendengar, serta memuji kecomelan nyanyian anaknya itu.
Klik untuk gambar besar
"Dia memang kadang-kadang suka menyanyi lagu kanak-kanak. Lagu-lagu macam itu ada saya dengar dia humming dalam kereta. Memang nampak dia suka menyanyi tapi saya pun tak sangka sampai rakam lagu. Asalkan Fatima gembira saya okay saja.
"Sebagai ayah sudah tentu saya pun tumpang gembira," ujarnya yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Fazura pada 27 November 2017, sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 6 tahun.
Untuk makluman, 'Raya Pum Pang Lagi' merupakan versi baharu bagi lagu raya nyanyian Fazura dan Syasya Rizal yang dilancarkan pada tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment