"Isteri saya, Fiona dulu memang seorang penyanyi dan kami berkenalan pun ketika saya mencari penyanyi pengganti Adira untuk Konsert Hafiz Suip-Perjalananku di Kuching pada Oktober 2024.
"Tetapi sekarang apabila sudah bergelar suami isteri, dia tidak menyanyi dah. Saya tak kasi (izinkan). Tak bolehlah, biar saya seorang sahaja yang menyanyi.
"Bagaimanapun kalau ada projek menyanyi atau lagu yang kami perlu bekerjasama, Insya-Allah boleh," ujar penyanyi Hafiz Suip, 36, dimana dia tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya, 39, untuk menyanyi kembali kecuali dalam projek lagu kerjasama mereka pada masa akan datang.
Jelas Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, dia mahu isterinya yang juga ej£n insur@ns memberi fokus kepada rumah tangga yang baru dibina mereka.
Klik untuk gambar besar
"Saya menyanyi pun sebab dulu pernah menyertai sal@h satu pr0gram realiti, My Starz LG musim kedua disiarkan TV3 pada 2008. Sejak itu, saya aktiflah menyanyi di Kuching, Sarawak.
"Cuma, saya tidak buat album sahaja. Sebabnya pun, saya hanya aktif menyanyi dalam acara-acara hiburan dan majlis makan malam atas undangan.
"Tapi sekarang, buat masa ini saya berehat dulu. Suami (Hafiz) pun cakap supaya rehat dulu dan dia tidak benarkan. Jadi, saya hormati saja keputusan itu," tuturnya yang berbangsa Bidayuh.
Untuk makluman, pada 13 Februari lalu, Hafiz yang popular dengan lagu 'Masih Jelas', 'Awan Nano' dan 'Ku Akui' itu bernikah dengan Fiona yang juga ibu kepada tiga cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu.
Hafiz yang merupakan bekas juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) itu pernah berkahwin dengan Nureffy Jasreel pada 2016, namun bercerai pada Mei tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6, yang kini di bawah penjagaan Nureffy.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment