"Keadaan kesihatan Muhammad sekarang belum betul-betul pulih 100 peratus, dia belum boleh senyum penuh lagi dan mata pun tak boleh tutup penuh lagi tapi ubat yang dibekalkan doktor sudah habis di makan.
"Buat masa ini, dia perlu banyak buat senaman otot pada bahagian mukanya setiap hari untuk aktifkan semula saraf."
Itulah jelas pelakon Diana Danielle, 34, dimana dia memaklumkan keadaan kesihatan anak sulungnya, Muhammad, 13, yang sudah pulih kira-kira 80 peratus susulan peny@kit sar@f atau Bell's Palsy dialaminya.
Kata Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, anak lelakinya itu kini sudah kembali ke sekolah dan menjalani aktiviti rutinnya seperti biasa.
Klik untuk gambar besar
"Dia kena sels£ma sikit selepas bermain bola sepak ketika cuaca panas, baru-baru ini dan balik rumah dia terus cepat-cepat makan ubat.
"Kalau dulu, kita yang kena paksa dia makan ubat tapi sekarang dia lebih peka soal kesihatan dan tidak perlu nak diingatkan.
"Sebagai ibu, saya akan sentiasa memantau keadaan kesihatan anak-anak kerana bimbang macam-macam v1rus merbah@ya sekarang termasuk menjaga pemakanan dan tingkatkan pengambilan vitamin untuk mereka," kata pelakon filem 'Imaginur' itu.
Walaupun kesihatan belum pulih sepenuhnya, Diana berkata, Muhammad tetap mahu berpuasa penuh kerana sudah dididik bapanya, pelakon Farid Kamil untuk berpuasa.
"Saya juga beritahu padanya jika tidak larat dia tidak perlu puasa kerana berat badannya juga sudah turun sebanyak lapan kilogram susulan penyakit saraf berkenaan.
"Tapi dia tetap mahu berpuasa kerana Farid memang tegas dalam perkara itu, begitu juga adiknya, Aurora yang sudah masuk tahun kedua berpuasa penuh berkat disiplin bapanya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment