"Ya, betul, saya tidak nafikan, memang sediakan 30 pasang baju raya sepanjang tempoh sebulan (Aidilfitri) sebab memenuhi komitmen kerja yang diatur pengurusan."
Demikian kata penyanyi dan komposer, Hael Husaini, dimana akuinya, dia sudah menyediakan 30 pasang baju raya sempena sambutan Aidilfitri kali ini.
Jelasnya, sebagai selebriti, dia perlu sediakan baju berbeza untuk tampil dalam majlis yang dihadiri, selain berkata, tema yang dipilih menerusi perkongsian Outfit Of The Day (OOTD) di media miliknya.
"Saya sudah sediakan 30 pasang baju raya dan mungkin ada baju yang digayakan nanti sama warna dengan peminat dan kita boleh 'matching' lah. Tapi kalau nak tahu warna baju raya saya, anda kena tunggu saya OOTD pada pagi raya nanti.
"Saya juga nak tanya ada ke yang ikut tr£nd pakai baju raya warna 'Strawberry Matcha' pada tahun ini? Jadi, kita boleh pakai warna yang sama kerana mungkin saya akan gayakan warna itu pada raya kedua nanti," ujarnya.
Sementara itu, kongsi Hael lagi, pada 1 Syawal nanti, dia akan bersama keluarga di kampung halamannya di Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan sehingga raya keempat.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment