18 March 2026

MENANGIS BACA SURAH AL-QADR, TELITI MAKSUD LAILATUR QADAR - AISHA RETNO MOHON MAAF TAK DAPAT TAHAN SEBAK



"Maaf jikalau Aisha tersebak membawa surah al- Qadr, sebelum datang studio tadi ada baca tafsir sikit tentang surah ini. Ia begitu bermakna dan sentimental. Terima kasih jemput saya mengaji."

Itulah tutur penyanyi Aisha Retno, 26, menerusi hantaran Thr£ad, selepas dia dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca surah al-Qadr ketika terlibat dalam sebuah program televisyen pada Isnin.

Kata Aisha atau nama sebenarnya, Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, maksud di sebalik ayat tersebut membuatkan hatinya tersentuh sehingga gagal menahan em0si.

Perkongsian tersebut juga memaparkan momen ketika Aisha sedang membaca al-Quran bersama Izmir Fareez, Ustaz Tarmizi dan Ustazah Farhatul.

Klik untuk gambar besar

Bacaan Aisha itu mendapat pujian Ustaz Tarmizi, dimana ujarnya, ia penuh penghayatan sehingga timbul rasa sebak dalam dirinya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji keikhlasan Aisha dan menyifatkan reaksinya itu sebagai sesuatu yang menyentuh hati.

"Tak semua orang mengaji faham terjemah akan tersentuh hati dan menangis. Saya pun berkaca juga mata tadi, nasib baik boleh sambung balik.
"Masya-Allah, dah macam qariah dengar bacaan Aisha. Tapi memang deep kalau hayati maksud tersirat di sebalik surah ini.

"Hebatnya makraj dan tajwid Aisha, mesti Aisha jenis rajin mengaji," antara komen netizen.

Selain Aisha, artis seperti Sharifah Shahirah, Nabil Aqil, Siti Elizad, Fauziah Nawi dan Datin Lisa Surihani pernah muncul dalam program berkenaan.

Tazkirah Malam Jumaat bersiaran langsung sepanjang bulan Ramadan setiap Isnin hingga Jumaat pada pukul 5.00 petang.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: