16 March 2026

DIBENARKAN PULANG JIKA SEMUA OKAY & LANCAR - LUK4 KAKI KIRI SATHIYA SEMAKIN MEMBAIK



"Ayah sihat, tetapi rawatan seperti 'dressing' untuk kaki serta pemeriksaan berkala dengan doktor pakar perlu terus dilakukan mengikut temujanji di hospital. Jika semua okay dan lancar, ayah akan dibenar keluar dari hospital pada jam 4 petang atau 5 petang hari ini untuk balik ke rumah di Setapak.

"Doktor juga maklumkan luka pada kaki kiri ayah yang dip0tong hingga di atas paras lutut itu semakin membaik dan tidak perlu risau. Begitu juga dengan ujian dar@h ayah pun dilaporkan okay."

Itulah jelas anak perempuan kepada pelawak veteran, Sathiya, 62, iaitu Amani Nair Satya, 37, dimana katanya, doktor sudah memaklumkan bapanya itu berada dalam keadaan sihat dan petang ini dijangka boleh dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas seminggu menerima rawatan di Hospital Ampang sejak 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, Amani bersyukur kepada Tuhan kerana tidak ada apa yang perlu dibimbangkan terhadap keadaan kesihatan bapanya dan hanya perlu dijaga dengan rapi di rumah.

Klik untuk gambar besar

"Doktor juga ingatkan kepada saya, adik dan emak supaya menjaga pemakanan harian ayah. Buat masa sekarang, sangat lebih bagus untuk kesihatan ayah dengan hidangan di rumah yang dimasak sendiri.

"Tapi, ayah ini sampai sekarang masih tidak boleh tinggalkan minum teh o ais kesukaannya. Hari-hari dia akan minta minum teh o ais. Apapun, yang penting ayah semakin sihat dan pulih serta tidak ada pening-pening kepala lagi," ujarnya.

Kepada orang ramai yang ingin membantu dengan menghulur sumbangan kepada Sathiya boleh berbuat demikian ke nombor akaun CIMB - 7002807503 atas nama Sathival Periasamy.
Terdahulu, Sathiya dibawa ke Hospital Ampang pada 8 Mac lalu dan menerima rawatan di zon kuning selepas mengadu pening kepala serta mengalami simpt0m mata menjadi kuning dan munt@h-munt@h ketika di rumah.

Kemudiannya, Sathiya perlu menjalani pemb£dahan segera pada kaki kirinya yang dip0tong hingga di atas paras lutut pada Isnin iaitu 9 Mac, selepas doktor memaklumkan sudah dijangk1ti kum@n.

Difahamkan, Sathiya sebelum itu terj@tuh ketika di rumah pada Jumaat dan kaki kirinya yang dip0tong akib@t k£ncing manis atau diab£tes pada September tahun lalu mengalami luka serta berdar@h.

Selepas pemeriksaan doktor termasuk melakukan ujian X-ray dan ujian dar@h, pihak hospital menyarankan Sathiya menjalani pemb£dahan pada kaki kiri itu sebagai langkah dr@stik mengelakkan jangk1tan kum@n mer£bak ke bahagian anggota badan yang lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: