"Dulu orang selalu pesan suruh kahwin sebab best, tapi tak tahu pula best sampai tahap macam ini. 35 dan RM10 ribu richer. Terima kasih baby (panggilan suami), saya sayang awak sangat."
Demikian kata pelakon Datin Atikah Suhaime dimana dia meluahkan rasa terharu apabila menerima kejutan manis daripada suaminya, usahawan Datuk Lokman Teh yang menghadiahkannya sejambak wang tunai berjumlah RM10,000 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-35.
Kongsi Atikah atau nama penuhnya, Nur Atikah Mohd Suhaime, sebelum ini dia sering mendengar nasihat supaya berkahwin awal, namun kini benar-benar merasai kemanisan alam perkahwinan.
Klik untuk gambar besar
Melihat lebih lanjut video tersebut, suami Atikah tampil dengan kejutan berbeza untuk tahun ini apabila membawa sejambak wang tunai bagi menambah suasana romantik sempena hari lahir isterinya itu.
Dalam pada itu, Atikah sempat berselor0h bertanyakan tentang mawar merah, namun Lokman menjawab dia hanya membawa jambangan wang tunai.
Untuk makluman, Atikah dan Lokman mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!








No comments:
Post a Comment