20 March 2026

"INI PERTAMA KALI MENANTU-MENANTU BERAYA DI SANA..." - KAMAL ADLI AKUI TAK BERKESEMPATAN BAWA 'ISTERI' PULANG BERAYA DI KAMPUNGNYA



"Raya kali ini berbeza sebab sepatutnya raya Pahang, kampung mak. Ini pertama kali menantu-menantu beraya di sana.

"Sepatutnya pertama kali untuk rasa raya di Pahang tapi tak berkesempatanlah. Jadi, menantu-menantu lain yang dapat. Jadi, saya duduk bilik kongsilah dengan adik lelaki."

Itulah ujar pelakon Kamal Adli, dimana katanya, Aidilfitri kali ini berbeza apabila dia pertama kali bersendiri dan sepatuthnya tahun ini merupakan giliran ke kampung ibunya di Pahang.

Klik untuk gambar besar

Ini kerana Kamal tidak berkesempatan untuk membawa isteri pulang ke kampung selepas kini sudah berstatus duda.

Sementara itu, kongsi Kamal, anaknya iaitu Hawra Uqaira menyambut raya dengan bekas isterinya yang juga pelakon, Uqasha Senrose.
"Hawra raya dengan Uqasha, untuk saya tak apalah tapi harapnya sebelum raya dapat luangkan masa banyak dengan Hawra. Saya dah tempah empat pasang baju untuk Hawra sebab nak ikut saiz badan dia kan.

"Ada yang 'ready made', saya dah tengok tapi tak muat. Biarlah dia nak 'posing' dengan baju baru," tuturnya yang tidak menyediakan segala kelengkapan untuk anaknya itu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: