"Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain. Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu."
Demikian kata pelakon dan usahawan, Nur Nilam Ortiz, dimana dia memberi bayangan seakan-akan rumah tangganya dengan suami yang juga pelakon, Azlan Komeng sudah berakhir.
Dalam perkongsian itu, Nilam memaklumkan, dia dan Azlan sepakat membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama, selain turut menyifatkan Azlan sebagai seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Nilam berkata, mereka tetap komited untuk membesarkan anak sulung yang kini berusia sebulan, meskipun tidak lagi bersama.
"Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa. Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya.
Untuk makluman, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment