"Saya boleh katakan saya seorang yang sangat liar ketika membesar. Bila saya tengok balik diri saya ketika berusia 16 hingga 26 tahun. Saya tak nampak 'br0ken kid' tapi saya nampak kanak-kanak yang tak dibimbing. Saya nampak budak yang ingin tahu tentang semua perkara dan tentang kehidupan sekeliling."
Itulah dedah pelakon Aedy Ashraf, 33, dimana dia tampil berani menceritakan mengenai kehidupannya di zaman remaja yang kehilangan arah dan sangat liar.
Aedy yang berkongsi perkara tersebut menerusi p0dcast bersama hos Datuk Aznil Haji Nawawi, turut berkata, dia hidup tiada bimbingan ketika itu dan rasa ingin tahu serta mencuba apa saja.
Klik untuk gambar besar
"Saya terj£bak dengan dad@h, party di kelab malam dan sampai tahu tahap saya terlibat dengan mer0mpak seperti p£cah kereta. Mungkin saya sal@h pilih kawan juga tapi tak adil untuk saya menyal@hkan orang lain.
"Saya rasa ketika itu saya cuma nak terokai dunia. Bila orang kata satu benda tu sal@h, saya nak tahu. Jadi untuk saya belajar, saya kena melakakukan sesuatu dan baru tahu tindakan itu betul atau sal@h," ujarnya
Dalam pada itu, Aedy atau nama sebenarnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, percaya dia masih dilindungi sehingga hari ini hasil doa daripada ibunya.
"Apa yang membuatkan saya selamat hingga ke hari ini adalah doa ibu saya sangat kuat," tutur anak kepada pelakon filem 'Cinta Kolestrol' dan 'Buai Laju-Laju' iaitu Liza Zain ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment