03 March 2026

DIDAKWA CEPAT 'MOVE ON' SELEPAS BERCERAI - INI JELAS HAFIZ SUIP



"Sebenarnya bukan isu saya cepat 'move on' (cepat melupakan masa lalu). Benda (mas@lah rumah tangga) sudah lama berlaku cuma saya tidak bercerita. Saya yang hadap semua ini. Bila orang tanya saya diam saja. Jadi tak timbullah isu saya cepat 'move on' atau tidak."

Demikian kata penyanyi Hafiz Suip, 36, dimana dia tampil menjelaskan dakwaan dirinya cepat 'move on' selepas bercerai dan melangkah ke alam perkahwinan.

Akuinya lagi, pada mulanya, dia berasa t@kut untuk memberitahu anak-anak mengenai perkahwinan baharunya dengan Fiona Safiyya, namun terkejut apabila mereka dapat menerima dengan baik.

"Perkara yang paling saya t@kut adalah hendak perkenalkan anak-anak kepada isteri baharu. Tetapi, Subhanallah. Ia suatu keajaiban. Hari pertama jumpa, mereka terus rapat macam satu geng, siap hendak tidur sama-sama. Hilang segala kerisauan saya.

Klik untuk gambar besar

"Malah kali pertama saya bawa jumpa anak saya dengan anak-anak Fiona pun mereka macam dah kenal lama. Masa kami pulang, anak saya tercari-cari adik-beradik tirinya," tuturnya yang kini menemui pasangan yang sentiasa memberikan sokongan terhadap kerjaya seninya.

Dalam pada itu, Hafiz atau nama sebenarnya, Mohamad Hafiz Mohamad Suip, turut men£kankan bahawa pengalaman hidupnya memberikan pengajaran berharga tentang pentingnya sistem sokongan dalam rumah tangga dan kehidupan.

"Paling penting saya belajar satu benda dalam kehidupan terutamanya rumah tangga perlu ada sistem sokongan daripada pasangan. Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu tetapi saya ambil sebagai pengalaman terbaik. Saya ambil pengajaran untuk menjadi lebih baik.
"Selepas ini Insya-Allah saya akan fokus kepada kerjaya seni. Saya perlukan orang yang memberikan sokongan dalam industri. Tambah pula Fiona pun tahu selok belok industri kita," katanya.

Pada 13 Februari lalu, Hafiz kembali sah bergelar suami kepada Fiona dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di sebuah dewan di Petrajaya, Kuching.

Untuk makluman, Hafiz sah bercerai pada Mei tahun lalu dengan Nureffy Jasreel selepas berkahwin pada 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 9, dan Muhammad Alkaf Zayne, 6.

Bagi Fiona pula, dia yang berbangsa Bidayuh itu telah dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan seorang lelaki berketurunan cina, sebelum berpisah kira-kira lima tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: