03 March 2026

BERTUDUNG SEBAB HATI BUKAN SEBAB ORANG LAIN - PENAMPILAN TERKINI A AIDA TERIMA PUJIAN



Penerbit dan pelakon, Datuk A Aida, 56, baru-baru ini telah berkongsi gambarnya yang bertudung berserta kapsyen, dimana ia telah mendapat perhatian ramai yang memuji penampilan terkininya itu.
"Bertudung bukan sebab orang lain, tetapi sebab hati," demikian kapsyen yang ditulis oleh A Aida pada hantaran yang dibuat pada 12 Ramadan (semalam).

Hantaran yang dimuat naik A Aida menerusi media sosial miliknya itu disambut dengan komen p0sitif Dekan Fakulti Pengajian Islam (FPI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang juga rakan baiknya.

Klik untuk gambar besar 
"Alhamdulillah syukur Allah," tulisnya yang disertakan emoji gembira sebelum ia dibal@s A Aida : "Janji dengan ustaz asyik bermain di fikiran after (selepas) kembali sedar dari ICU (unit rawatan rapi). Tq ustaz... Moga Allah pelihara kita semua."

Perubahan A Aida itu turut mendapat pujian daripada rakan-rakan artis antaranya Zoey Rahman, Rozita Che Wan, Lisdawati, Salwa Abdul Rahman, Farahdhiya dan ramai lagi.

Tidak terkecuali memuji penampilan terbaru A Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang, ialah Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman.
Rata-rata mereka meluahkan rasa syukur dan ada juga yang mendoakan ibu kepada tiga cahaya mata ini kekal istiqamah dengan keputusan bertudung ini.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, A Aida telah dimasukkan ke ICU sebuah pusat perubatan akib@t r£bah selepas menjalani rawatan fisi0terapi di situ.

Difahamkan, sebelum itu, penerbit dan pelakon ini menjalani pemb£dahan lutut dengan memasukkan gel di pusat perubatan terbabit.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: