03 March 2026

TEKAD NAK BEBAS HUT4NG - SHILA AMZAH TIDAK MAHU LAGI MEMBELI BARANG YANG TIDAK PERLU



"Saya betul-betul nak bebas daripada hut@ng. Nak habiskan bayar komitmen rumah dan kereta. Selepas itu, saya nak kemaskan dan buang semua barang yang dah tak digunakan lagi.
"Sebelum ini pernah juga buat, kalau dalam tempoh dua hingga tiga bulan tidak pakai lagi barangan itu, maksudnya memang tak perlukan dah."

Itulah kongsi penyanyi Shila Amzah, dimana dia mahu membebaskan dirinya daripada segala bentuk hut@ng serta mengamalkan gaya hidup sederhana.

Klik untuk gambar besar 
Shila menerusi perkongsian di media sosial, berkata, dia mahu selesaikan hut@ng kereta dan rumah secepat mungkin serta mengurangkan barangan yang jarang digunakan.

Dalam pada itu, tutur Shila lagi, dia tidak mahu lagi membeli barang yang tidak perlu kerana sebelum ini dia sering membuat langganan yang tidak memberi manfaat yang akhirnya dirasakan membazir.
"Banyak juga saya buat langganan yang sebenarnya tiada hala tuju dan tak beri manfaat. Bila fikir semula, memang rasa membazir.

"Saya betul-betul nak berhenti membeli barang yang tak perlu. Dulu sebab tak pernah urus dan pegang duit sendiri, bila dah ada kebebasan kewangan saya jadi agak impulsif.

"Saya tak bangga dengan sikap itu. Tapi saya sedar, dan saya sanggup ambil langkah besar untuk berubah jadi lebih baik," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: