"Balik kampung! Pengalaman pertama kali balik kampung naik kereta api. Parit Buntar aku datang!"
Itulah tulis pelakon Syatilla Melvin, 35, menerusi hantaran di Thr£ads, dimana perkongsian itu mencvri perhatian apabila dia dan seluruh ahli keluarganya pulang ke kampung menaiki kereta api sempena Aidilfitri.
Kata isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu lagi, ini merupakan pengalaman kali pertama dia bersama anak-anak menaiki pengangkutan awam ke Parit Buntar, Perak pada musim perayaan.
Melihat pada perkongsian tersebut, Syatilla atau nama penuhnya, Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, bersama tiga anaknya dan suami sedang menikmati perjalanan tersebut.
Syatilla dalam masa sama juga ada meminta bantuan orang ramai sekiranya terjumpa dompet milik anaknya di stesen Sungai Buloh kerana dalam kad tersebut mempunyai duit raya anaknya dan berharap ada individu yang menjumpainya.
"Siapa terjumpa dompet warna putih tercicir dekat stesen Sungai Buloh, please r0ger Tilla. Anak aku punya itu, ada duit raya dia terselit. Terima kasih semua," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Ramai juga mengakui pengalaman menaiki pengangkutan awam membuatkan suasana hari raya lebih terasa.
"Steadylah artis naik train barulah best. Tapi jangan tertidur nanti terlajak pula."
"Macam mana boleh dapat seat, tahu tak punya susah nak dapat seat balik Parit Buntar."
"Syok tengok suasana dalam kereta api, lebih terasa nak raya," antara komen-komen yang ditulis netizen.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


No comments:
Post a Comment