Takziah diucapkan kepada pelakon veteran, Norlida Ahmad, 67, atas pemergian ibu tercinta, Ensoon Mahzan yang menghembuskan nafas terakhir, awal pagi tadi.
Norlida atau popular dengan nama Connie, berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.
"Dengan penuh duk@ cita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya yang tercinta, Hajah Ensoon Hj Mahzan sudah kembali ke Rahmatullah pada jam 12.35 pagi, 18 Mac 2026," tulisnya yang diselubungi duk@.
Menerusi hantaran sama, Connie yang turut memuat naik beberapa gambar kenangan bersama ibunya, turut memohon orang ramai dan peminat agar mendoakan kesejahteraan Allahyarhamah dan dirahmati Allah.
"Mohon doa daripada semua agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah," kata Connie.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment