"Sebenarnya pada 2010, saya pulang ke kampung untuk menjaga emak dan nenek. Ketika itu saya menjalani kehidupan seperti biasa dan tidak memikirkan soal muzik atau menyanyi kerana k0ntrak dengan Raihan sudah tamat.
"Kemudian pada 2014, pengurus Raihan menghubungi saya untuk sertai semula tetapi hanya untuk projek tertentu, bukan sebagai anggota tetap.
"Sehinggalah Januari 2025, Ahfad pula menghubungi saya untuk menyertai kumpulan baharu yang turut disertai Nazrey iaitu The Rayhan.
"Ramai ingat saya kembali aktif dengan Raihan, tapi sebenarnya tidak. Kehadiran saya hanya untuk projek tertentu sahaja."
Demikian jelas penyanyi Amran, 58, dimana dia tampil memperjelaskan penglibatannya dalam kumpulan nasyid Raihan selepas timbul pelbagai sp£kulasi dalam kalangan peminat.
Kata Amran, kehadirannya bersama Raihan sejak kebelakangan ini bukan sebagai anggota tetap seperti disangka ramai, sebaliknya hanya untuk beberapa projek tertentu.
Tuturnya lagi, ramai sal@h faham apabila melihat dia kembali muncul bersama kumpulan tersebut sehingga menganggap dia sudah menyertai semula Raihan sepenuhnya.
Sebelum ini, kemunculan Amran bersama Raihan menc£tuskan pelbagai sp£kulasi termasuk dakwaan dia kembali menyertai kumpulan berkenaan secara tetap.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment