11 March 2026

"MINTA SEMUA ORANG DOA-DOAKANLAH, INSYA-ALLAH SUATU HARI NANTI SAYA AKAN ISTIQAMAH" - ELYANA TAMPIL JELASKAN ISU SEKEJAP PAKAI TUDUNG, SEKEJAP TAK



"Sebenarnya kalau ikutkan, saya bukan sekejap berhijab, sekejap tidak (berhijab). Kadang-kadang contohnya orang lain pun, kalau ada majlis tertentu akan pakai hijab.

"Kalau ada sh00ting yang watak kena pakai hijab, kita pakai hijab. Dan saya memang dari dulu kadang-kadang memang suka berhijab. Sebab saya memang suka beli tudung. Kawan-kawan jual saya beli.

"Jadi kebetulan pula memang sepanjang kem0terapi, rambut 'tengah' tak ada (gugur). Jadi sama ada saya pakai scarf atau topi sebab mengelakkan rambut daripada gugur berteraburan, memang kita akan pakai scarf."

Klik untuk gambar besar

Itulah kata penyanyi dan pelakon, Elyana, 39, dimana dia menjelaskan rasional di sebalik tindakannya apabila kadang kala mengenakan tudung dan sebaliknya, selain tidak mahu perkara berkenaan menjadi perd£batan hangat di kalangan netizen.

Elyana yang kini berjuang melaw@n kans£r limfoma tahap empat itu berkata, individu yang menjalani kem0terapi sepertinya memang akan memakai scarf dan tudung untuk mengatasi mas@lah rambut gugur atau botak.

"Pada saya tak ada mas@lah untuk nak kata saya istiqamah, minta semua orang doa-doakanlah, Insya-Allah suatu hari nanti saya akan istiqamah. Saya akan ikut keselesaan. Kalau rasa perlu pakai tudung, saya akan pakai.
"Kalau kadang-kadang rasa macam berpeluh, panas sangatlah, kadang kala saya buka bahagian leher. Pada saya ini bukan satu isu untuk dibangkitkan sebab ini semua atas diri masing-masing kan.

"Tapi Insya-Allah kita setiap hari nak sangat menjadi manusia yang terbaik. Jadi doa-doakanlah, dan saya pun doakan semua orang," tuturnya yang turut berkongsi, dia masih menjalani kem0terapi sepanjang Ramadan ini dan menyifatkan ia agak mencab@r.
"Tapi ini bukan kali pertama sebenarnya sebab sebelum-sebelum ini pun saya pernah berpengalaman untuk buat kem0terapi di bulan Ramadan. Alhamdulillah saya masih macam dulu lagi, masih 'strong'.

"Cumanya kadang-kadang kita manusia kan, ada 'time d0wn' kita, jadi tengok gambar lepas itu 'post' (buat hantaran) di media sosial, kena pula dengan lagu.

"Mungkin orang rasa terk£san jugalah dengan hantaran ini. Saya pun tak sangka tapi Alhamdulillah banyak juga doa-doa yang baik saya dapat daripada orang-orang di luar sana," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: