"Saya fikir sudah sampai masanya, malah saya sudah bersedia untuk 'move on'. Saya sudah berkenalan dengan seseorang yang sesuai, jadi kita boleh buat keputusan sendiri.
"Perkara itu bukanlah sesuatu yang besar bagi saya dan saya rasa ia juga tidak sal@h memandangkan sudah hampir setahun rasanya bab itu (perceraian) berlalu dalam hidup saya."
Demikian jelas pelakon Diana Danielle, dimana dia sudah bersedia untuk 'move on' apabila mengakui secara terbuka dirinya sudah mempunyai teman istimewa iaitu bersama jejaka yang juga ahli perniagaan.
Bagi Diana atau nama penuhnya, Diana Danielle Danny Beeson, sudah tiba masanya membuka buku baru selepas hampir setahun bercerai dengan pelakon Farid Kamil.
Klik untuk gambar besar
Diana bagaimanapun memberitahu, dia mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan dalam hubungan tersebut.
"Saya rasa memang sus@h untuk dia kerana bagi saya cab@rannya adalah untuk kembali mempercayai orang baharu. Saya juga ada anak, jadi saya bimbang jika timbul isu tertentu.
"Sebab itu saya cuba menguruskan perkara ini dengan perlahan dan berhati-hati supaya tidak tersal@h langkah atau membuat keputusan," ujarnya.
Sementara itu, Diana turut menjawab penerimaan anak-anak mengenai hubungannya bersama jejaka tersebut, dimana tuturnya, buat masa ini hubungan tersebut masih tertumpu kepada mereka berdua tanpa membabitkan anak-anak.
"Bagi saya sekarang ini, dia lebih banyak meluangkan masa dengan saya sahaja. Dia belum lagi bersama anak-anak atau sebagainya kerana saya tidak mahu mencampuradukkan perkara itu," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!





No comments:
Post a Comment