29 March 2026

"NAK BEKERJA ATAU BERSAMA SEMULA, SAYA RASA ALLAH BELUM IZINKAN" - MAMAT AKUI JEP & SHUIB PUNYAI TEMPAT ISTIMEWA DALAM HATINYA TANPA BOLEH DIGANTI SESIAPA PUN



Pelawak Mamat Sepah, 41, baru-baru ini telah membuat luahan menerusi audio siar Sementara Teman, mengenai hubungan dengan rakannya, Jep Sepahtu.

Kata Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Noor Haji Murad, biarpun perjalanan seni mereka tidak sehaluan, namun Jep dan Shuib mempunyai tempat istimewa dalam hatinya tanpa boleh diganti sesiapa pun.

"Kalau sampai hari ini, orang bercakap tentang Jep, saya tidak suka perkara itu. Jep pernah ada dalam sebahagian hidup saya. Macam kekasih yang putus cinta, awak tak boleh cerita pasal kekasih saya sebab dia pernah duduk dalam hati saya.

Klik untuk gambar besar

"Kalau nak bercerita hari ini tentang Jep dan Shuib, mereka sampai bila-bila ada di hati saya. Memang ruang itu saya tidak pernah buka untuk sesiapa.

"Saya terima juga kawan-kawan saya yang lain, tetapi kami dulu pun pernah sama-sama bujang. Jep pernah bekerja dengan saya, zaman bujang kita kerja kilang.

"Shuib pun pernah bekerja dengan Jep," ujarnya yang turut mengakui, dia agak berhati-hati apabila menyentuh perihal Jep kerana bimbang disal@h anggap apabila dituduh cuba meraih perhatian atau 'view' tinggi.
"Saya tak mahu kembang-kembangkan nama Jep dalam p0dcast (audio siar) ini sebab nanti orang kata saya 'ov£rclaim'. Tidak sebenarnya. Tetapi kalau cerita tentang kasih sayang, saya dan Shuib memang sayangkan dia (Jep)," tuturnya.

Dalam pada itu, t£gas Mamat, penyatuan semula kumpulan Sepah dalam masa terdekat belum tiba masanya ketika mengulas mengenai harapan peminat.

"Untuk sekarang, nak bekerja atau bersama semula, saya rasa Allah belum izinkan. Itu sahaja, bagi saya. Kita tak tahu esok akan jadi apa. Buat masa ini, saya memang tidak mahu bagi apa-apa harapan kepada penonton," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: