"Normal ke kalau tak nak ada anak lagi? Saya rasa Mulan dah sempurna. Ada ke ibu bapa dekat sini cuma ada satu anak? Okay ke?"
"Sebelum kahwin, saya janji dengan suami nak beri dia 6 anak. Tapi,... hmm tak jadilah. Perjalanan selepas bersalin bukan main-main."
Demikian tulis pelakon Datin Atikah Suhaime menerusi hantaran di media sosial, dimana katanya, dia mengambil masa hampir setahun untuk mencari keyakinan diri selepas melahirkan cahaya matanya.
Dalam perkongsian itu, Atikah seolah memberi bayangan yang dia tidak merancang untuk menambah cahaya mata kerana baginya anak sulungnya, Lyla Mulan Teh sudah sempurna.
Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Atikah mendirikan rumah tangga bersama Lokman pada 21 Januari 2024 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment