"Kenapa saya ada kad OKU? Saya dari darjah 2 atau 3, ibu saya bawa pergi jumpa doktor sebab saya ada mas@lah dalam pembelajaran. Saya sedikit perlahan. Doktor beritahu saya ada disl£ksia.
"Jadi saya pergi ke pusat disl£ksia (sekolah istimewa) dan apabila ibu tidak mampu, saya masuk sekolah biasa tapi di sana ada pendidikan khas dimana beberapa subjek saya perlu mengikuti kelas berbeza dan guru hanya mengajar saya seorang."
Demikian jelas pelakon Sharifah Haneesya, 26, dimana dia memberitahu, dirinya merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) sejak di bangku sekolah susulan mengalami mas@lah dalam pembelajaran.
Klik untuk gambar besar
Maklum pelakon itu lagi, dia perlu diberi perhatian lebih untuk subjek Matematik dan Bahasa Melayu ketika di sekolah rendah, selain juga berbangga kerana menjadi antara pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Haneesya dalam masa sama turut berkata, sebagai pemegang kad OKU, banyak manfaat yang diterima serta meluahkan rasa syukur kerana keadaannya tidak menj£jaskan orang lain.
"Alhamdulillah, pada masa itu dalam pendidikan khas, saya paling cemerlang lah, saya dapat 2A 2B 1C. Jadi dari sekolah lagi mereka suruh buat kad OKU sebab ada banyak manfaat. Alhamdulillah hidup jadi orang berguna juga," kongsinya lagi.
Sebelum ini, Haneesya menerusi satu hantaran video meluahkan rasa kurang senang terhadap isu pelajar lelaki yang didakwa atas pertuduhan mem1jak al-Quran.
Dalam hantaran tersebut, Haneesya telah berkongsi tentang statusnya sebagai OKU namun masih mampu berfikir secara waras dan tidak melakukan sebarang tindakan sebegitu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment