06 March 2026

"ITULAH KENANGAN AKHIR SAYA DENGAN ALMARHUM ADRE MIKHAIL" - AMYZA AZNAN JAWAB PERTANYAAN PAKAI 'SHAWL' SAMA



"Ramai rupanya yang perasan... saya pakai 'shawl' yang sama sebab itulah kenangan akhir saya dengan Almarhum Andre Mikhail. Tapi saya basuh tau walau pakai hari-hari. (Jawab dalam nada lembut sambil senyum manis)."

Itulah tulis pelakon Amyza Aznan, 50, menerusi perkongsian di media sosial miliknya, dimana dia turut menyertakan emoji tersenyum.

Amyza berkata demikian bagi menjawab pertanyaan pengguna media sosial yang mempersoalkan dirinya dilihat sering memakai tudung (shawl) sama sejak 'pemergian' anak sulung, Allahyarham Andre Mikhail Khairil Izhar, 20, pada 23 Februari lalu.

Menerusi beberapa hantaran mesej peribadi (DM) yang dikongsikan Amyza, pengguna media sosial telah bertanya kepadanya, 'kenapa asyik pakai tudung sama?'

Klik untuk gambar besar

Berhubung itu, Amyza menjelaskan, ia adalah tudung yang sama dipakainya hingga kini kerana 'shawl' (selendang) itu adalah terakhir bersama anak syurganya.

Sebelum ini, ibu kepada tiga cahaya mata lelaki itu berkongsi luahan rindu yang sarat dirasainya terhadap Allahyarham Andre Mikhail yang 'pergi' buat selama-lamanya sejak seminggu lalu.

Amyza menerusi media sosial telah memuat naik hantaran video memaparkan arwah Andre menyanyi lagu 'Keluhan Perantau' nyanyian asal Datuk Jamal Abdillah.
Bersama kapsyen ringkas, Amyza sekadar meluahkan kerinduan tidak terhingga terhadap Allahyarham, selain menitipkan Al-Fatihah buat anak tersayang.

Untuk makluman, Allahyarham Andre Mikhail yang bertarung kans£r paru-paru tahap tiga sejak setahun lalu, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 24 Februari lalu bersamaan 5 Ramadan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada keesokan harinya, 24 Februari lalu.

Selain itu, anak kedua Amyza iaitu Andrian Adam, 18, turut disahkan menghidap kans£r tulang sejak Februari lalu dan difahamkan kini masih mencari hospital sesuai termasuk menjalani rawatan alternatif.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: